Popular Posts

Tuesday 17 February 2015

Fikiranku..."Sebulan aku di sini..."


Lukis jea ... Sekadar lakaran
Buat melepas rindu tangan melorek


Sebulan aku di sini...

Sudah sebulan dua hari aku di sekolah baru.
Perasaanku?
Hmm...tak penting.
Namun memang banyak bezanya...paling ketara , di sini aku cuba untuk tidak menonjolkan diri...low profile (itulah istilahnya)

Mengajar hanya 1 kelas fizik (itupun kelas ting. 4 sahaja), dilontar2 sesukanya , kejap-kejap
 PSK Ting 5  ( sampai 4 kelas), lepas tu tukar PSK ting. 2 pulak!
( walhal aku dah rancang strategi dan bincang ngan bebudak ting 5 tu- Walaupun kelas2 hujung yang diberikan kpd aku , aku tetap mahu pastikan keputusan spm mereka kelak adalah keputusan peperiksaan terbaik yang pernah mereka perolehi sepanjang mereka bersekolah dan moga ianya menjadi 'batu lonjatan' buat mereka semua untuk menyambung pelajaran kelak).
Aku ni bab membimbing dan mendidik takkan aku buat main-main.
Lagi pulak aku tahu - memotivasikan murid dan merancang strategi dan jadual belajar itu memang dah jadi kemahiran dan kekuatan aku. Sayang dan satu pembaziran jika tidak digunakan.
Hhmmm...macam 'naik bakul angkat sendiri!'.
Ngeh ngeh ngeh! :D

Last2 ... sehingga hari ini aku diberi amanah mengajar , 1 kelas fizik , 2 PSK ting2 dan 3 kelas sains ting. 4 
Perasaan aku?...Alhamdulillah.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Komen kawan2 aku di sekolah lama: "Rugi dorang tak guna akak utk ting. 5".
Jawab aku ... "Sebab dorang tak tahu aku ni 'power'!!!".
 Hahahaha...lagi sekali masuk bakul angkat sendiri! >__<

Hmm...itu kata-kata gurauan saja. Sebenarnya pada aku , pasti ada sebabnya mengapa aku dipertemukan dengan murid2 kelas hujung yang tidak minat belajar dan rata2 adalah anak2 kampung yang sederhana miskin malah anak2 yatim piatu , miskin dan tinggalpun di rumah kebajikan Ruqayah. 

Dan aku  juga yakin , ada sebab mengapa aku digerakkan Allah ke sini.
Disini , priority aku bukan lagi mengejar kecemerlangan akademik.

Sebaliknya membangkitkan anak2 bangsaku yang lena dan leka dengan kesempitan hidup hingga mereka tidak menganggap pelajaran itu penting.
'Jika hidup sekadarnya dan ibubapa pula bertungkus lumus bekerja demi memastikan anak2 ada makanan utk dimakan dan ada pakaian utk dipakai maka tidak hairanlah mengapa pencapaian pelajaran anak2 bukanlah perkara utama dalam agenda hidup mereka'

Belum lagi kita membicarakan dan mempersoalkan tentang sahsiah anak-anak mereka. Adab sopan dalam percakapan, adab belajar dalam kelas, adab bersama guru dan lain2....
Gelaran budak 'gedik' dah jadi biasa utk anak gadis di kelas hujung....


Perasaan aku pada mereka?
Aku tetap selesa dan sayang mereka. Sebulan bergaul dengan mereka, mengenal hati budi mereka...simpatiku melimpah ruah...
'Ada anak bangsaku tak mampu beli buku tulis'
'Ramai anak bangsaku yang tercari2 perhatian yang mungkin tak dapat mereka perolehi dari ahli keluarga'
'Anak2 bangsaku yang miskin atau yatim , terpaksa berpisah ngan keluarga, tinggal di rumah kebajikan'
'Anak bangsaku yang berkata kepadaku...
"Teacher please hug me"...pada hari kedua aku mengenalinya!

Maka atas semua alasan itu aku bersyukur berada di sini..
Dan aku yakin....aku lebih diperlukan di sini dan inilah medan sebenar aku..
"Bukan lagi sebagai mesin mengejar kecemerlangan akademik semata-mata tetapi sebagai seorang insan yang harus membuka luas hatinya buat menampung hati2 mereka yang sesat tanpa arah tuju".
Moga Allah menerima usahaku dan terus memberi kekuatan kepadaku untuk melakukan kebajikan di dunia ini. Aamiinnn...



-peace-
ojai
>__<

No comments:

Post a Comment