Popular Posts

Tuesday 21 October 2014

Lukis jea ... sebuah lukisan , uar2kan kebaikan?

Lukis jea...sebuah lukisan , hadiah daripadaku buat diriku...
Setelah melalui hari- hari yang sukar
>__<
Hari ini aku membantu manteeku yang teramatlah lemahnya dalam matematik.
Aku kumpulkan mereka berlima di library dan bimbing mereka menyelesaikan soalan 1 bahagian B (kertas 2). Soalan itu bernilai 12 markah. Persamaan , ploting graph dan penyelesaian persamaan serentak.
Sangat mencabar buat mereka yang nak guna kalkulatorpun teragak2...namun syukur alhamdulillah , mereka berjaya menyelesaikannya!
Seorang rakanku yang kebetulan ada di situ secara senyap mengambil gambar kami lalu dimuatkan dalam whatsapp group.
Antara lain ayatnya adalah tentang keikhlasan aku(guru) dalam membimbing pelajar yang bagaikan 'tiada harapan'.

Asalnya aku tidak berapa senang dengan tindakannya tetapi bila kufikirkan kembali ... Ada kebaikkannya.
' Sebarkanlah perkara2 kebaikan yang kita lakukan- bukan untuk riak tetapi untuk merangsang orang lain agar sama2 berbuat kebaikan'.

"Budaya berbuat baik/ kebajikan harus kita suburkan dalam masyarakat".

Bagi aku ... 'Aku sayang anak bangsaku dan aku mahu mereka cemerlang dalam hidup dan cemerlang sebagai hamba Allah'

...dan aku percaya , Sayang itu tiada batasnya...



                                     -peace-
                                       >__<

No comments:

Post a Comment