Popular Posts

Wednesday 3 September 2014

Lukis jea ... teratai


Lukis jea ... Teratai ...

Zaman kecilku , rumah kami abah bina berhampiran dengan sebuah lombong tinggal.
Airnya jernih malah ditepiannya terdapat pasir putih tempat aku adik beradik menangkap ikan 'tiger fish' )
(tak tahulah betul ke tidak namanya- kami panggil begitu berdasarkan corak pada badanya yang berbelang2).
Permukaan lombong ini dipenuhi dengan pokok bunga teratai. Biasa saja masa ni aku adik beradik makan buah teratai ... Mesti ada yang pelikkan - makan buah teratai?
Ya ... Sedaplah buah teratai. Sekarang mana nak dapat. Bila aku ceritakan pengalamanku ini pada anak2 dorang macam tak percaya , 'buah terataipun mak makan?'.

Hmm ... Itulah ruginya mereka. Pengalaman begini begitu mahal kini. Dunia aku dulu bukan dunia IT. Dunia aku dulu adalah dunia 'explore the world'.
(Hmm ... Explorelah sangat!!  Pasal terlalu explorelah aku adik beradik pernah mandi sungai yang menjadi 'jamban' penduduk sekitarnya!
Elok tengah seronok berenang, tiba-tiba ada benda terapung lalu di jadapan kami!!!!
Fresh lagi!!!!
Masa tu kitorang siap berenang sambil makan kacang!!
Eeee uuuu!🤮😜😜😜)








-peace-
>__<


Saja mengisi masa rehat dengan melukis.
Sebab ... Eerrrgghhhh penatlah kerja!!!!
Boleh tak cuti?!!!!!

2 comments:

  1. kadang kala terfikir jugak kehidupan yang 'explore the world' tu lebih seronok berbanding zaman IT sekarang. dulu orang nak tau mesti kena usaha cari sendiri..tapi sekarang apa nak tau semua nya kat hujung jari. click je internet then keluar semua...

    ReplyDelete
  2. Hmm ... kena panggil 'anak2 hujung jari'. Explore juga - lagi advance!

    ReplyDelete