Popular Posts

Wednesday 20 August 2014

Lukis jea ... 'orkid ...'

Lukis jea ... orkid
(Atas ingatanku kepada arwah bonda: 
Yang tercinta Siti Asmah bt Abdul Rahman)
Lama sangat rasanya aku tak menggunakan warna dalam lukisanku ... tapi pagi ni ( jam sekarang sudah 2:49 pagi) sengaja aku memilih untuk menggunakan warna dalam lakaran ini kerana lakaran yang ku lukis kali ini amat istimewa...ianya adalah pokok bunga orkid yang arwah mak aku tanam semasa kami tinggal di pahang .. Dah besar tinggi pokok orkid ini sayangnya hingga mak dan abah aku berpindah ke selangor , pokok orkid itu tidak berbunga juga.
Hari tu aku teringin nak tahu rupa bunga orkid tersebut maka aku mencarinya di internet dan ... Inilah hasilnya...rupanya begitulah bunga pokok orkid ini. Sayang...arwah mak aku tak dapat nak lihat ...
Aku panggil orkid ini 'pokok' kerana saiznya yang jauh lebih besar berbanding orkid2 lain. Malah arwah mak aku menanamnya di atas tanah bukan seperti orkid lain yang biasanya di tanam dalam pasu arang/kayu yang digantung.

Hmm...hanya setelah menyiapkannya barulah aku rasa tenang nak tidur ...
"Bagi yang baru nak tidur sepertiku ... Aku ucapkan 'selamàt beradu'-moga bangun esok dengan semangat dan kesihatan yang baik untuk mengharungi hari baru ...

Hmmm ... rindu arwah mak.
"Ya Allah, tempatkanlah arwah bondaku di kalangan hamba2 Mu yang beriman dan beramal soleh. Pelihara dan jauhilah arwah bondaku daripada siksaan kubur dan api neraka.
Ya Allah, jadikan kubur arwah bondaku sebagai satu taman daripada taman2 syurgaMu ... dan janganlah Engkau jadikan kubur arwah bondaku sebagai satu lobanv daripada lobang2 nerakaMu. Aamiiinnnn"

                                  -peace-
                                     >__<

2 comments:

  1. oh...tak pernah nampak pula ada orkid yang ditanam kat tanah.
    cantik juga hasil lukisan cikgu dengan menggunakan warna skali :)

    ReplyDelete
  2. Hmm...tulah hanim. Apa nama orkid ni pun cg dah lupa tapi hari tu baca info d intrnt, ada yg namakannya orkid puteri kalau taksilap.

    ReplyDelete