Popular Posts

Tuesday 12 August 2014

Fikiranku : 'Jadilah insan yang lebih memahami ...'

Fikiranku ... kisah hari ini , 'Jadilah insan yang lebih memahami'
Lukis jea ... kartun; saling memahami

Hari ini aku lihat seorang lagi rakanku menitiskan air mata dalam keadaan yang sungguh tertekan.
Puncanya ... kerana bebanan kerja yang terlampau dan tidak memihak kepadanya dan
kegagalan pihak-pihak tertentu untuk memahami bebanan tugas yang sangat meletihkan fikiran dan fizikal yang sedang dipikulnya kini.
Kasihan aku melihatnya ... mulutku bagaikan tergamam apabila melihat dia yang sudah siap bertelekung (untuk solat zohor) , tiba-tiba menangis bila aku menyapanya , "Aku tengok muka kau stress betul sejak dua menjak ni".
"Aku memang dah tak tahan. Aku ingat lepas ni aku nak minta tukar. Biar pindah lagi bagus. Kat sini dorang bukan nak faham , aku rasa sia-sia semua yang aku buat. Tengah sibuk macam ni minta relief pun tak beri malah ditambah lagi dengan relief kelas lain. Bila aku cakap dia senang aje jawab , cikgu ni semuanya nak senang!"
"Dah takpelah ... biar aku bermunajat!". Katanya lagi sambil terus-terusan mengesat air mata yang mengalir ... (Ya Allah ... silap gatal mulutku menyapanya , habis keluar semua yang terbuku!).

Itulah cebisan kisah kami , seorang guru ...
'Hanya Jauhari mengenal manikam' - hanya kami warga guru yang tahu beban tugasan kami.
Kebetulan sekolahku ini hanya mempunyai bilangan guru tidak sampai 70 orang sedangkan segala tugas dan bilangan jawatankuasa sama saja dengan sekolah-sekolah lain maka setiap guru pasti menjadi ahli jawatankuasa kepada sekurang-kurangnya empat jawatankuasa dan satu atau dua daripadanya berfungsi sebagai ketua!
Tambahan pula sekolah ku ini adalah sekolah harian terbaik di Daerah ini , dan menjadi harapan dan tumpuan pihak PPD untuk pelbagai program.
Dari pucuk pimpinan hingga ke guru biasa semuanya harus bertungkus lumus memastikan pencapaian akademik dan sahsiah murid adalah yang terbaik- "Cemerlang , gemilang dan terbilang!"

"Ular menyusur akar takkan hilang bisanya"
Ada kalanya kita harus menjadi insan yang mempunyai hati yang besar untuk menampung hati-hati lain. Kita juga harus belajar mendengar dan memahami luahan hati orang lain.
Jangan sesekali memperlecehkan bebanan atau apa jua masalah yang ditanggung oleh orang lain walau sekecil manapun isu itu pada kita kerana ... kita semua tidak serupa! ...
dan kita semua takkan pernah serupa kerana pengalaman , latar belakang kita tidak pernah sama.
Namun ...
Seharusnya perbezaan antara kita itu menjadi sumber yang menguatkan organisasi bukan sebaliknya maka ... aku menyeru ,

"Marilah kita jadi insan yang lebih memahami"

-peace-
>__<


waktu senggangku tadi ku gunakan untuk
melihat dan menikmati pemandangan2 tentang
apa saja dr internet ... Banyak2 gambar pemandangan
gambar pokok bakau ini juga yang menarik minatku lalu aku melakarkannya di sini...lagi pula masa zaman kecilku, seringku dengar orang2 tua berkata bahawa di kawasan paya bakau banyak ular kapak. ... Ye ke?


No comments:

Post a Comment