Popular Posts

Sunday 16 March 2014

Malaysiaku tercinta ...

Awan yang tinggi menyimpan rahsia
Dunia  jadi gempar mendengar berita
Umpama misteri sukar dipercaya
Harus ke mana harapan dibawa
Aduhai kasihan ada yang terlupa
Inikan dunia bukannya syurga

Kelapa kini dijadikan jenaka
Esok lusa entah apa pula
Naya sang buaya terseret sama
Apalah dosa tiada yang tanya
Padahal semua angkara manusia
Akal terhina bila dipersenda

Balik-balik semua berbicara
Entahkan iya entahkan dusta
Gambaran diberi penuh tanda tanya
Ilusi dan fakta bercelaru sama
Namun takdir mengatasi segala
Ingatlah kuasa Tuhan yang Esa

Jaringan perasaan pelbagai rasa
Aduhai keinginan tak serupa nyata
Doa dipanjat pada yang Esa
Inginkan yang terbaik buat semua
Namun apapun akhir berita
Yang diuji tabahlah hendaknya
Apapun kita hanyalah hambaNya

Bagi yang turut merasa ...
Marilah sama berdoa ...



No comments:

Post a Comment