Popular Posts

Sunday 2 February 2014

"Keranamu DIAH":Bab 5



BAB 5 :          NASI SUDAH MENJADI BUBUR           

... sudah dua minggu period I lambat!
Diah mengekori langkah Raziq. Mereka akhirnya berhenti lalu duduk di satu sudut di perpustakaan itu. Terlindung dan agak ‘privacy’. Masing-masing terasa canggung dengan pertemuan ini. Inilah pertemuan pertama mereka semenjak ‘peristiwa itu’ ...
“Diah , maafkan I sebab ganggu you belajar”. Kata Raziq.
“Tidaklah Ziq , kami dah siap kerjapun , ingat nak pergi minum tadi”. Jawab Diah , cuba berlagak biasa.
“Eh , you haus ke?”. Tanya  Raziq prihatin.
“Takpalah.  Itu tak penting.  Awak tiba-tiba nak jumpa saya ni kenapa?”. Tanya Diah sambil memandang wajah Raziq yang tidak lagi seceria selalu.
“Diah , biarlah I berterus terang ...” . Raziq menarik nafas panjang. Diah memandangnya tanpa kelip. Hatinya berdebar-debar ... “Apa yang ingin dikatakan Raziq?. Takkan dia mahu memutuskan hubungan ini ?. Setelah ... oh! Tidak!!”. Jerit hati Diah.
“Diah kekasihku , kita sama-sama telah  melakukan dosa sayang!” . Raziq terdiam panjang setelah mengeluarkan kata-kata itu. Diah tunduk , kesal dengan keterlanjuran mereka.
“Sejak peristiwa malam  itu ... , I tak dapat tidur lena. I sungguh menyesal dengan apa yang telah terjadi. I betul-betul kesal kerana I sepatutnya melindungi you bukan mengambil kesempatan terhadap you. Tapi menyesalpun tiada berguna. Nasi sudah menjadi bubur. Kita tidak boleh berpatah balik. Yang hilang tidak boleh diganti.   Jadi ... I rasa sangat bertanggung jawab untuk  menebus kembali kesalahan itu. Maruah you harus I bela. I benar-benar ikhlas. Diah , Izinkan I melakukannya ... marilah  kita perbetulkan  kesilapan itu. Yang lepas itu sudahlah ... yang penting kita sedar dan berusaha untuk memperbaikinya. I harap sangat you setuju ”.  Kata Raziq  , matanya memandang Diah penuh harap. Diah membalas pandangan itu , hatinya berdebar...
“Diah , tangan ini yang mencencang  maka bahu inilah yang harus memikulnya. Secepat yang boleh , I mahu kita kahwin. Kita tamatkan semua ini. Mari kita jalani hubungan yang sah. Hubungan yang diredhai Allah”. Raziq menyatakan  niatnya dengan yakin. Mana tidaknya , sudah berhari-hari dia memikirkan hal ini.
Cadangan Raziq itu tidak sedikitpun mengejutkan Diah. Malah memang sudah dijangkanya . Diah tahu bahawa Raziq memang amat mencintainya.
“Raziq , saya  memang nak kahwin dengan awak . Kalau nak diikutkan , saya lagi takut. Ziq , bulan ni saya tak ‘period’ lagi. Dah lambat 2 minggu. Saya betul-betul takut!”.  Diah menyatakan kebimbangan. Rupa-rupanya inilah perkara yang menyebabkan Diah sentiasa murung.
“Apa?. Mengapa baru sekarang you nak bagi tahu I?”.  Raziq terkejut mendengar pengakuan Diah. Diah tunduk diam. Dia sendiri sudah buntu fikiran ...
“Ahh ... sudahlah! . Jom sekarang juga kita ke farmasi”.  Raziq pantas menarik tangan Diah. Mereka menuruni tangga ‘library’ dengan agak tergesa-gesa , masuk ke perut kancil putih lalu bergerak laju menuju ke kedai farmasi. Diah hanya menurut. Dia sudah tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
“You tunggu , I keluar beli ‘pregnancy test’ kejap”. Arah Raziq setelah mematikan enjin. Diah hanya mengangguk. Hatinya sedang bingung. Pada ketika ini dia akan menurut apa saja kata Raziq.
Sungguhpun begitu , Diah masih tetap bersyukur kerana ‘lelaki’ yang menodainya ini memang amat mencintainya. Dia tidak ditinggalkan sendirian. Lelaki ini sanggup mengharungi lautan api yang mereka cipta bersama-sama.
Seketika kemudian , Raziq muncul dengan sebungkus plastik di tangannya.
“Okey sayang , hujung sana tu ada washroom. You pergi , I tunggu di sini. Jangan takut , walau apapun yang terjadi I pasti menikahi you. Percayalah!”. Raziq menggenggam erat tangan Diah sebelum menyerahkan plastik itu kepadanya..
Diah akur. Mengambil bag plastik tersebut lalu segera ke tandas wanita.

Diah terperosok di satu sudut ...
Setelah hampir setengah jam Raziq menunggu , Diah masih belum juga tiba. Raziq menjadi resah lalu akhirnya mengambil keputusan untuk menyusuli Diah. Dari luar tandas lagi , Raziq sudah dapat mendengar suara tangisan Diah. Raziq cemas  lalu terus meluru masuk ke dalam. Mujurlah tiada orang lain di dalam tandas ketika itu!
Hati lelakinya tersentuh apabila melihat gadis yang dicintainya kini  terperosok di satu sudut dengan tangisan yang kian menjadi.  Tangannya masih memegang ‘pregnancy test’ yang diberinya tadi!. Hati Raziq berdebar kuat ...
“Ya Allah , memang  kami bersalah tapi  janganlah Kau hukum kami seberat ini”. Doanya lalu menghampiri  Diah. ‘Pregnancy test’ itu ditatapnya. Terbeliak matanya , apa yang ditakuti kini menjadi nyata  ... dua garisan merah jelas kelihatan!
“Ya Allah!”. Raziq menepuk dahinya sendiri. Terduduk dia dibuatnya.
“Ya Allah!. Janganlah kau uji kami dengan sesuatu yang tidak mampu kami hadapi”. Tuturnya lagi. “ Diah , maafkanlah I!!”. Mereka lantas berpelukan dalam  tangisan.

Apa yang penting ialah baby ini akan lahir berbapa!
Setelah  Diah kembali tenang , Raziq memimpin Diah keluar dari tandas wanita itu.
“Tak mengapa sayang. Kita harunginya bersama ...”. Raziq berkata perlahan sambil terus menggenggam tangan Diah .Otaknya bekerja keras ...
“Akan ku usahakan agar semuanya mudah buatmu sayang”. Bisik hati kecilnya.
“ Diah , begini ... kita tiada banyak masa lagi. Hujung minggu ni  I akan berjumpa dengan ibu bapa you. I akan berterus terang  kepada mereka.  Hujung minggu berikutnya I akan datang bersama ibu I. Merisik dan terus meminang. Sebulan atau dua bulan kemudian kita nikah. Masa tu kandungan you baru nak masuk tiga bulan. Masih tidak kelihatan. Dan anak yang bakal lahir nanti masih boleh ber ‘bin’kan I!”. Raziq berkata tanpa ragu. Bayi dalam kandungan itu adalah zuriatnya. Dia tidak boleh berlengah atau teragak-agak lagi.
“Tapi nanti orang akan tahu juga. Takkanlah 6 bulan kahwin dah dapat baby”. Jawab Diah penuh kerisauan.
“Tak apa , kita boleh kata baby tak cukup bulan. Lagipun itu semua tak penting. Apa yang penting ialah baby ini akan lahir berbapa!”.  Jawab Raziq sambil menyentuh perut Diah. Diah hanya menganggukkan kepala. Pun begitu hatinya cukup gentar membayangkan reaksi kedua ibubapanya kelak.
“Sayang , sekarang I tak mahu you risau langsung. Jaga kesihatan you dan anak kita. Serahkan segalanya  pada I. I akan uruskan. Kita kahwin secepat yang boleh , okey”. Raziq berkata lembut sambil terus menggenggam tangan Diah.
“Ya , terima kasih Ziq. Awak memang baik dan saya sayangkan awak. Saya yakin awak takkan tinggalkan saya sendirian”. Diah bersuara. Lega sedikit rasa hatinya mendengar janji Raziq.
“Ya, I tahu. I pun sangat sayangkan you. I takkan biarkan you susah. I mahu you ingat betul-betul kata-kata I ni , sampai bila-bila pun I akan tetap sayangkan you .  I akan sentiasa bersama you  hingga ke akhir hayat. Dan I  minta walau apa pun terjadi tolonglah jaga diri you ... and our baby!”. Raziq berpesan perlahan dengan wajah yang serius memandang Diah. Diah membalas pandangan itu.
“Janji?!”. Raziq menggoncang tangan Diah yang masih digenggamannya.
“Ya janji!”. Diah berjanji.

“Aku sengaja ... cari jalan ...”
Setelah segalanya habis dibincangkan Raziq menghantar Diah kembali  ke Fakultinya. Sungguhpun kuliah doktor Rubiah telahpun  tamat , sekurang-kurangnya Diah masih sempat mengikuti kuliah seterusnya.
“Ingat sayang , jaga diri you baik-baik. You kini berdua ... makan banyak sikit”. Pesan Raziq sambil menghulurkan note RM 100 kepada Diah. Diah membeliakkan matanya , “Apa ni?!”. Tanyanya , terperanjat dengan tindakan Raziq.
“Ambillah ... tanda sayang I pada you and  baby kita. I nak you makan makanan yang berkhasiat. I nak you dan baby kita sihat. Janji ?”. Raziq bersungguh-sungguh mahu memikul tanggung-jawabnya sebagai bakal  suami dan bapa sebaik mungkin.
“Hmm ... baiklah. Terima kasih. Saya janji akan jaga diri dan bayi kita. Demi awak!”. Janji Diah sebelum melangkah keluar.
“Bukan. Bukan demi I tapi demi diri you sendiri dan anak kita. Janji , jaga diri you and anak kita”. Pesan Raziq lagi.
“Ya , saya akan ingat pesanan awak selalu , daddy!”. Janji Diah , tersenyum sebelum bergegas ke dewan kuliah. Raziq tersenyum sama.
“Selagi kita  tetap bersama , kita pasti masih mampu tersenyum , tidak kiralah apa jua yang berlaku”. Fikirnya sambil terus memandang langkah Diah yang kian menjauh.

Setiap pertanyaan patut ada jawapan!
Setelah tamat kuliah hari itu , Diah dan Ziah sama – sama menaiki bas untuk pulang ke rumah. Di dalam bas , semasa dalam perjalanan  balik ...
“Ziah , aku rasa tadi masa study group , engkau sengaja buat-buat bodoh kan ?”. Diah memulakan bicara.                
“Apa lak?”. Balas Ziah , tidak tertangkap olehnya maksud kata-kata Diah itu.
“Eleh! Masa study group pagi tadi  kau sengaja nak tarik perhatian Zuraimie. Betulkan?”. Soal Diah.                                                                                
“ Eh , ketara sangat ke?”.Tanya Ziah kembali.                                                                                                                                               
“Tak lah sangat tapi ... aku kenal kau luar dan dalam. Orang lain mungkin tak perasan tapi aku memang faham. Eh , kau betul-betul ke sukakan Zuraimie tu?”.   Tanya Diah.                                                                                                           
“Macam yang kita dah bincangkan. Aku kalau boleh tahun ni jugak aku nak tamatkan zaman bujang .  Aku tengok dalam ramai-ramai pelajar lelaki di kampus ni , Zuraimie  tu adalah antara calon  suami yang baik. Ada rupa , pandai , bertanggung-jawab dan yang lebih penting ... berbudi bahasa.   Betul tak?”. Terus terang Ziah meluahkan perasaannya.
“ Ya. Aku memang sengaja mencari jalan untuk rapat dengannya . Tak salahkan?”. Ziah membuat pengakuan. Diah menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Memang tak ada salahnya”. Balas Diah.
“Tapi ... kau rasalah , dia sukakan aku tak?”. Tanya Ziah.
Pertanyaan Ziah itu membuatkan Diah tergamam kerana jauh di sudut hatinya , Diah  sedia maklum bahawa Zuraimie sememangnya ada menaruh hati padanya tapi bukan pada Ziah!. Diah sedar ,  ‘study group’ itupun hanyalah alasan Zuraimie untuk rapat dengannya.
“Woi!! Setiap pertanyaan patut ada jawapan!”. Sergah Ziah , tidak puas hati dengan reaksi Diah.
“Entahlah Ziah  ...  susah nak teka hati orang. Lagipun aku tak le kenal sangat Zuraimie  tu”. Diah berdalih. Ziah hanya mengerutkan dahinya.
“Eh , jomlah ... dah sampai pun kita”. Diah berdiri menekan loceng ...
“Eh ... jom beli laksa kat selekoh jalan tu”. Ajak Ziah sebaik sahaja mereka turun dari bas. Diah hanya menganggukkan kepalanya.
“Kak , laksa satu . Eh , kau nak tak Diah?”. Tanya Ziah.
“Boleh gak ... kau belanja?”. Tanya Diah kembali.
“Boleh lah ... asal kau tolong aku”.  Balas Ziah. Diah hanya mengerutkan dahinya.
“Tolong aku ‘tacle’ Zuraimie. Please...”. Bisik Ziah ke telinga Diah. Memandang Diah dengan penuh harapan. Sengaja matanya dikebil-kebilkan. Berubah air muka Diah. Bagaimana mungkin dia membantu  Ziah memikat Zuraimie?. Takut nanti sebaliknya yang terjadi ...
“Eeee ... kau ni . Aku tak buat lah kerja-kerja macam ni. Soal hati ni susah nak cakaplah. Lagipun cinta mana boleh dipaksa-paksa!”. Bantah Diah. Pak cik penjual laksa tersenyum mendengar kata-kata Diah. Ziah menyenggong lengan Diah.
“Woii ... perlahanlah sikit. Malulah aku!!”. Ziah jengkel melihat senyuman Pakcik penjual laksa itu.
“Hmmm ... tahupun malu!”. Diah sengaja menyakitkan hati Ziah. Ziah muncung!
“Okeylah ... nanti aku cuba fikirkan cara nak bantu kau ‘tacle’ dia tu”. Diah berjanji sambil menekankan perkataan ‘tacle’ itu. Ziah tersenyum.
“Tapi aku tak jamin ianya akan berjaya. Cinta memang tak boleh dipaksa!”.  Diah mempertahankan pendapat dan pendiriannya.
“No no no ... mak dan bapak aku pun dulu kahwin paksa ... mereka bahagia. Kalau tak , takkanlah aku boleh lahir ke dunia ini!”. Jawab Ziah sambil tersengih.
“Itu kata kau. Kau tahu tak. Kalau dah dipaksa duduk sebilik dengan perempuan. Lelaki mana yang boleh tahan nafsu dia?!”. Bantah Diah.
“Eh kau ni Diah ... mempertikaikan cinta mak bapak aku lak. Kang aku suruh kau bayar sendiri laksa  ni baru tau!”. Jengkel Ziah mendengar jawapan Diah.
“He he ... yelah aku tau mak bapak kau memang ‘loving couple’!”. Diah mengalah.
“Hah, tau tak pa!”. Balas Ziah , puashatinya mendengar pengakuan Diah itu. Memang setahunya , mak bapaknya memang ‘loving couple’. Dari dulu sampai sekarang.


“... dia ingat tak kat aku ye?.”
            Setelah membayar kedua-dua bungkus laksa itu , Ziah menarik tangan Diah berjalan bersamanya menuju ke rumah sewa mereka. “Mulai hari ini aku kenalah buat baik lebih sikit pada kau. Kan ke kau dah janji nak tolong aku pikat Zuraimie. Eeee ... bestnya kalau dia juga sukakan aku! ”. Ziah berkata sambil tersenyum-senyum.
“Ee gatalnya minah ni!”. Balas Diah sambil merentap tangannya , berjalan laju mendahului Ziah. “Ziah , macam manalah aku nak tolong kau pikat dia. Dah sah-sah dia tu sukakan aku. Huh! Macam manalah aku nak bagitahu kau perkara yang sebenarnya ini”. Fikir Diah.
            Sepuluh minit kemudian sampailah mereka di hadapan pintu rumah sewa mereka. Pintu tertutup rapat menunjukkan masih belum ada ahli rumah mereka yang telah balik.
“Alamak ... Ziah , kau bawa kunci rumah tak ?”. Tanya Diah sambil menyeluk-nyeluk beg tangannya.
“Eh kau ni , sejak bila lak aku ada kunci rumah ni ? Hah! Kau jangan ... aku dah penat ni!”. Getus Ziah , memandang Diah sambil mengetap bibirnya. Jengkel!
“Maaflah  Ziah , aku memang tak bawa kunci ni. Rasanya aku tertinggal dalam rumahlah”. Kata Diah.
“Betul ke? Cuba kau cari sekali lagi”. Cadang Ziah sambil menuding ke arah beg tangan Diah. Diah mengangguk lalu tangannya terus meraba-raba ke dalam beg tangannya. Agak payah kerana segala macam barang disumbat masuk ke dalam beg itu , selagi muat!!.
“Eee ... sinilah , biar aku carikan”. Tidak puas hati , Ziah segera  merampas beg tangan Diah lalu cuba mencari kunci rumah mereka.
Gagal mencari akhirnya mereka saling berpandangan dan ... tanpa sengaja tangan Ziah tercapai sesuatu lalu menariknya keluar - ‘pregnancy test’ milik Diah!. Matanya terbeliak besar memandang dua garis merah yang tertera di atasnya. Matanya dibeliakkan lebih besar lagi memandang Diah.  Namun belumpun sempat mulutnya berkata apa-apa...
“Eh , ada orang di luar rupanya!”. Satu suara menyapa mereka dari dalam.  Mesra dan ceria. Pintu rumah dibuka dan kedua sahabat ini terpaku memandang Ba’ie tercegat di muka pintu , sedang memerhatikan mereka.
“Hah!. Dah rupa macam orang kena sampuk korang dua orang ni kenapa?”. Tanya Ba’ie melihatkan gelagat kedua ‘housemate’nya itu.
“Sorang bagaikan singa nak telan orang dan yang sorang lagi macam tikus nak kena terkam kucing!. He he he”. Ba’ie tertawa.
“Heii! Setakat tertinggal kunci tu kira perkara biasalah. Takkanlah sebab tu pun sampai nak telan orang!”. Ba’ie menyinggung siku Ziah.
“Hmm ... kau nipun satu Diah , kenapa keluar tak bawa kunci ?”. Tanya Ba’ie lagi , terus membebel macam mak nenek.
“Ni hah , kawan baik awak ni. Tua sebelum waktunya!”. Sindir Ziah sambil memandang Diah dengan tajam. Diah hanya mendiamkan diri. Malu dan tidak pasti apa yang patut dilakukan. Habis hilang gayanya!!
“Eee ... sedapnya bau . Rezeki terpijak aku ke ni?”. Balas Ba’ie sambil mengerling bungkusan di tangan Ziah.
“Aha yalah tu ... eh , kami bawa balik laksa ni. Jomlah makan sama”.  Ajak Ziah.
“ Tak pelah aku sebenarnya baru lepas makan nasi goreng tadi”. Tolak Ba’ie dengan sopan.
“Kau beli ke ? ”. Tanya Ziah.
“Eh tengok orang lah . Kalau setakat nasi goreng tu ... pejam matapun aku boleh masak!”. Balas Ba’ie bergurau sebelum meninggalkan dua sahabatnya itu.
“ Yelah tu! Kau sajalah yang bagus!”.  Balas Ziah .
“Bagus gak. Bolehlah kita berbincang. Ada banyak perkara yang kau kena bagitau aku!”. Bisik Ziah dengan suara yang tegas. Diah serba salah.
“Betulke apa yang aku fikir ni?”. Tanya Ziah dan Diah hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
“Huh!. Mana perginya janji kau pada aku yang kau akan jaga diri dan korang tak mungkin akan tersalah laku?”. Ziah memulangkan paku buah keras kepada Diah. Diah hanya diam membisu , tunduk dan tidak sanggup menentang wajah Ziah yang sudah bagaikan singa lapar itu.
“Tak mungkin orang lain kan ?”. Tanya Ziah. Diah terus membatu. Entah mengapa terasa  kecil benar dirinya di hadapan Ziah sekarang.
“Jawab soalan aku. Ini kerja ‘dia’ kan?!”.  Ziah meninggikan suara. Kesal dan marah sungguh dengan sikap sahabat karibnya itu.
“Jawab!!”.  Ziah meninggikan suaranya lagi. Sukar baginya menerima kebiadapan dan dosa yang telah dilakukan Diah. Setelah didesak begitu , Diah akhirnya terpaksa mengaku.
“Perlahanlah sikit Ziah , nanti Ba’ie dengar!. Betul ... , memang tak de orang lain lagi dah.  ‘He’s the one and only!’ ”.  Jawab Diah.
“Huh!. Tahu malu!!. So?! ...”.  Tanya Ziah. Marah.
“So?!”. Balas Diah , tidak faham.
“So apa korang nak buat lepas ni?. Takkan nak biarkan baby dalam perut tu membesar macam tu saja?!!”. Tanya Ziah lagi. Marah benar dia dengan sikap Diah yang bagaikan ‘buat-buat bodoh’ itu.
“Kami akan kahwin”.Jawab Diah. Pendek.
“Mudahnya kau berkata ...”. Ziah mula mengomel.
“Ziah , please ... semuanya berlaku tanpa dirancang. Kami tidak sengaja!”. Diah segera memotong kata-kata Ziah.
“Kan aku dah berpesan. Dah ingatkan kau ... kalau berdua yang ketiga pasti syaitan!”. Ziah masih tetap marah.
“Ya ,  kami silap ...  janganlah kau marah lagi. Aku dah cukup tertekan sekarang ini. Kami tahu kami bersalah , kami telah berbuat dosa ... tapi semuanya itu tak boleh ditarik balik. Benda dah terjadi. Untuk menebus dosa itu , kami sama-sama  akan bertanggung jawab. Lagi 2 minggu kami akan bertunang dan 2 bulan lepas tu kami kahwin. Anak ini akan lahir berbapa! Itu yang penting. Itu yang terbaik yang kami boleh lakukan sekarang”. Diah menjawab dengan linangan air mata.
“Hish ... sudahlah. Nasi sudah menjadi bubur. Apa gunanya kau menangis. Menyesal dahulu pendapatan , menyesal kemudian tiada gunanya!. Ada sesiapa lagi yang tahu tentang perkara ini?!” . Ziah menarik nafas panjang. Diam ... dan mula berfikir. Diah menggelengkan kepala.
“Takde ...  minggu depan Raziq akan ke rumah aku , berterus terang dengan mak dan ayah aku. Kau rasa mereka akan marah tak?”.  Diah masih bertanya walaupun dia sendiri sudah tahu jawapannya!.
“Gila kau , tentulah mereka akan marah. Tapi aku rasa mereka juga sedar yang mereka tiada pilihan lain melainkan menerima cadangan kau orang.Tapi apa-apapun aku sangat kesal dengan perbuatan kau orang berdua. Kau tahu tak , anak yang bakal lahir ni pasti malang hidupnya. Kau ingat , senang ke nak hidup sebagai anak luar taraf?.  Salah mak bapak , anak yang menjadi mangsa!!?.  Ziah melepaskan geramnya. Marah betul dia dengan keterlanjuran sahabatnya itu. Diah hanya mendiamkan diri. Kemarahan itu disambut dengan linangan air mata. Diah juga sangat kesal dengan apa yang telah berlaku.
“Sudahlah ... jom makan laksa. Apapun ... hidup mesti diteruskan!”. Ziah menutup bicara.
Tangannya pantas membuka plastik  laksa dan menuangkannya ke dalam dua mangkuk. Satu buat dirinya dan satu lagi dihulurkan kepada Diah. Mahu tidak mahu Diah menyambutnya juga. Seleranya sebenarnya telah tertutup lebih-lebih lagi apabila mengenangkan nasib diri dan takdir yang bakal dilaluinya.
Tiba-tiba , Ba’ie muncul semula lalu menyertai mereka. Dengan selamba mengangkat mangkuk laksa Diah dan  menikmatinya sesudu dua. Akhirnya dengan senyuman , Ba’ie membuka mulut.
“Eh , tadi kau orang ada nampak Zuraimie tak?” Tanya Ba’ie selamba.
“Kenapa?”. Keras kedengaran suara Ziah. Dahinya dikerutkan. Tiba-tiba timbul rasa cemburu , macamlah Zuraimie itu miliknya!.
“Eh , kau ni macam  marah  je . Apahal?”. Tanya Ba’ie kebingungan dan jengkel dengan nada suara Ziah.
“Bukan apa , hari tu Zuraimie ada ‘slow talk’ ngan aku. Dia kata , dia ada suka sorang minah ni. Tapi tak berani nak berterus – terang. Aku teruja sangat nak tahu siapa minah tu. Manalah tahu kalau kau orang tahu. Lagipun kan kau orang selalu study sama. Mmm ... yang pasti dah tentu bukan kau orang berduakan?”. Ba’ie menduga.
“Apasal lak?”. Geram Ziah mendengar komen Ba’ie itu.
“Yelah ,  kalau dah satu ‘study group’ , maknanya status kau berdua ialah kawan baik je atau paling-paling BFF. Tak mungkin jadi ‘idaman hati’ dia!. Lagipun kalau dia sukakan kau orang berdua mesti dia tidak teragak-agak nak bagitahu sendiri. Kamu bertiga kan dah saling mengenal hati budi masing-masing!”. Sambung Ba’ie meluahkan pendapatnya.
“Hah, habis kau ingat dia sukakan kaulah?!. Kau fikir dia baik ngan kami berdua pasal nak ‘tacle’ kaulah?. Ceh , perasan lebih lah kau ni!”. Marah Ziah apabila  mengetahui yang Ba’ie juga ada hati terhadap Zuraimie. Dia seperti terasa kedudukannya tergugat kerana Ba’ie itu boleh tahan juga lawanya.
“Tak le macam tu ... cuma aku harap akulah orang yang dimaksudkannya itu. Kau berdua pun tahukan , tak lama lagi kita dah nak tamat khusus ni. Aku masih takde calon suami. Aku risau jugalah , nanti kalau dah mula bekerja , dah jadi cikgu ... kita dah sibuk takde masa nak cari teman hidup!”. Sambung Ba’ie. Ba’ie melahirkan resah hatinya.
Diah dan Ziah hanya mendiamkan diri. Bagi Ziah , ada betulnya kata-kata Ba’ie. Cikgu lelaki kan dah hampir pupus. Kalau adapun dua tiga kerat saja di sekolah. Itupun sudah beristeri. Takkan nak jadi ‘no 2’ atau ‘no 3’. Minta simpang. Membina kebahagiaan atas air mata orang lain. Jika diberikan pilihan , mana ada perempuan yang sanggup bermadu. Kalau adapun hanyalah perempuan yang pasrah dengan takdir yang tersurat buat diri mereka!.
Diah pula bingung .Tidak pasti apakah respon yang patut diberikan. Matanya merenung Ziah dan kembali ke wajah Ba’ie.
“Aduh , apa nak cakap ni?...”. Fikirnya.
“Kenapalah semua housemate aku ni sukakan lelaki yang sama dan lelaki itu pulak sebenarnya sukakan aku yang telah ternoda ini. Huh!”. Diah bingung memikirkannya.

... ‘gadis idamannya’ itu adalah aku
Melihatkan reaksi Diah dan Ziah yang agak pelik , Ba’ie terasa seperti telah berada di tempat yang salah pada masa yang tidak sesuai. Didorong oleh  rasa tidak selesa itu Ba’ie meninggalkan Ziah dan Diah. Namun begitu , ada senyuman dibibirnya!
“Hei, dahlah ...  mari kita habiskan laksa ni”. Diah mengejutkan  Ziah dari lamunannya.
“Eh Diah , kau rasakan ...  Ba’ie tu betul-betul ke sukakan Zuraimie?”. Tanya Ziah. Cuak juga rasa hatinya apabila mengetahui yang Ba’ie kini adalah pesaingnya.
“Kau pun sendiri dah dengar pengakuan diakan”. Balas Diah.
“Dengar!. Ini yang aku tak suka ni ... aku tak suka nak bersaing. Dengan ‘housemate’ pulak tu. Kau rasalah , apa patut aku buat?. Perlukah aku ‘declare’ kat Ba’ie yang akupun sukakan Zuraimie. Akupun harap yang ... ‘gadis idamannya’ itu adalah aku. Kau tahu tak , sejak akhir-akhir ini aku asyik teringatkan diaaa ... je. Aku ni dah betul-betul sukakan dia!”. Ziah pula melahirkan kerisauan hatinya. Mengharap sahabatnya itu akan menyokongnya.
“Eee ... kau ni . Cubalah insaf sikit. Tak baik tau asyik fikir pasal dia. Maksiat fikiran tu namanya!”. Nasihat Diah tetapi segera terdiam , “Paku serpah  paku serpih , mengata orang aku yang lebih!”. Terkedu apabila terkenangkan keterlanjuran dirinya.
Ziah masih tidak puas hati ... dia masih belum mendapat jawapan kepada soalan yang bermain difikirannya kini.
“Diah ... kau rasa lah , ketika ini ... pada saat kita sedang berbicara ini , dia ingat tak kat aku?”. Tanya Ziah , agak terdesak.
“Siapa?”. Balas Diah.
“Siapa lagi ... Zuraimie tu lah!”. Ziah agak jengkel dengan respon Diah.
Diah terdiam panjang. Fikirannya bercelaru. Takkanlah dia hendak beritahu Ziah yang Zuraimie  sebenarnya meminati dirinya dan bukan Ziah atau Ba’ie!. Rasa kasihan bertapak di hatinya melihat penasaran sahabatnya itu.
“Aku mesti membetulkan Ziah ... jangan terlalu mengharap. Tapi ... takkan nak kata , Ziah, sebenarnya aku rasa Zuraimie tu syok kat aku bukan kau atau Ba’ie! Eee ... tak boleh ... tak boleh ... habis tu....?”. Diah resah sendiri.
“Hei , aku tanyalah bukan suruh kau berangan!”. Marah Ziah.
“Opss! ... sorry , Ziah aku nak bagi tau kau sesuatu. Sabar dan dengar ye”. Akhirnya Diah mendapat idea.
“Suspen je bunyinya!”. Balas Ziah.
“Dengar!”. Arah Diah. Ziah segera menutup mulutnya.
“Ziah , sebagai sahabat baik kau yang sangat memikirkan kebahagian kau , aku rasa menjadi tanggungjawab aku untuk mengingatkan kau agar jangan terlalu mengharap kepada sesuatu yang tidak pasti”. Nasihat Diah.
“Maksud kau ...”. Ziah tidak mahu faham.
“Yelah ...  kau sendiri pun tahu yang Zuraimie tu tak ada apa-apa perasaan pada kau. Jadi ... janganlah terlalu mengharap. Aku takut kau akan kecewa nanti” . Diah berterus terang.
“Sebab aku tahulah , aku perlukan  kau  untuk mambantu aku  mendapat kan dia. Lagipun aku tahu ... dia sebenarnya suka pada kau!”. Terkejut Diah mendengar kata-kata Ziah. Tidak disangkanya Ziah sedia tahu perkara sebenar.
“Apa ... kau tahu?”. Diah benar-benar terkejut.
“Yup! Takkan kau tak tahu lagi ... I’m a good observer! But ... dengan keadaan kau sekarang , aku tahu tak mungkin kau akan menerima diakan?”. Tanya Ziah dan Diah hanya mengangguk.
“Habis tu ...”. Balas Diah kebingungan.
“Habis tu ?. Hei!  kawan , since aku ni sahabat baik kau. Kau tolonglah aku .Please ...”. Rayu Ziah sambil mengebil-ngebilkan matanya sekali lagi , minta simpati.
“Mmm ... yelah aku tolonglah mana yang boleh!”. Diah akhirnya mengalah.
“Cam tulah ... barulah tenang hati aku ni. Tapikan Diah , perlukah aku berterus terang dengan Ba’ie?”. Tanya Ziah.
“Tak yah lah. Kau risau apa, ‘the best lady , win!’. Betul tak?. Jadi ajelah diri kau yang sebenarnya. Berdoa pada Allah. Jika dia tu memang jodoh kau tentu akan bersatu  jugakan ?”. Jawab Diah. Ziah menganggukkan kepala dan mereka sama-sama tersenyum.
Tanpa mereka sedari , Ba’ie sedari tadi  memasang telinga mencuri dengar setiap perbualan mereka. Berketap bibirnya menahan marah.  Helahnya merekacipta cerita kononnya Zuraimie meminati     ‘ seorang gadis’ itu telah gagal. Niat hatinya untuk  memberitahu rakan serumahnya agar tidak memikat Zuraimie telah tidak kesampaian. Hakikatnya Zuraimie langsung tidak pernah bercerita apa-apa dengannya. Sebenarnya Ba’ie hanya ingin menyampaikan hasratnya untuk menjadi teman istimewa Zuraimie  kepada Ziah dan Diah dengan harapan kedua rakan serumahnya itu akan memihak kepadanya dan tidak menjadi pesaing yang akan menghalang hasratnya itu.
‘Jangan disangka air yang tenang tiada buaya’
‘Bagai gunting dalam lipatan’
‘Bagai api dalam sekam’ . Ketiga-tiga peribahasa ini mungkin sesuai untuk menggambarkan sikap Ba’ie yang sebenar.

Cahaya bulan menerangi alam
Indah dipandang di kala malam
Nun si pungguk merindu dendam
Tangiskan  bulan yang kian terbenam
Ayuhai malang kian kelam

Tatkala awan  mengucap salam
Impian ini kian menyilam
Gundah gulana hati di dalam
Angan tak capai cita semalam

Saatku lemas cintaku karam
Engkau sahabat akrabmu suram
Gerak  tingkahmu buatku geram
Impianku hancur hasratku padam 

Perasaan penasaran ... Mac 1994
























No comments:

Post a Comment