![]() |
Lukis jea ... hanya lukisan ... |
Popular Posts
-
Lukis jea ... saat kamu jatuh Cebisan kehidupan seorang wanita yang bergelar isteri ... kisah ini adalah satu daripada jutaan rasa yang...
-
Bab 25 : Kita redah bersama Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah pertama Dan setelah hati itu memilih ... Maka teruslah m...
-
Lukis jea ... yang tidak sempurna... Inilah lukisanku yang tidak sempurna...pudar...sepudar rasaku sekarang ni. Hilang mood aku untuk m...
-
Lukis jea ... Hajatku ***Selamat ulang tahun ojai...*** ojai Dalam ingatan jelas terbayang Mengusik rasa yang lama tenggelam ...
-
Berbekas ... Air terjun yang mengalir tak mungkin pernah kembali ke laluannya ... Tika kaki melangkah Tinggalkan jejak-jejak Berb...
-
Lukis jea ... Layanz... Jom layan ... cantik tu nombor 2... Yang penting... aku layan n nikmati apa yang aku buat Dari jari yang melo...
-
Ceritakan ... C eritakan kisah nan gemilang E rti hidupnya jiwa insan nan malang? R ia pilu tawa sendu nan bersilang I ndah sang mata ...
-
Aku suka Fizik ... Sebab ... ia ajar aku menghargai ilmu ia ajar aku menghargai orang bijak pandai ia ajar ...
-
Lukis jea ... Rapuh Semalam aku pulang ke rumah dengan rasa kesal yang amat sangat. Berat kepalaku. Dalam umur begini , urat2 di kepala n...
-
Hee ... gambar ni aku lukis n aku hantar pada 2 orang. Orang pertama tak terima sebab dia kata raut wajah yang ku lukis tu tak sama deng...
Saturday, 21 January 2017
Lukis jea ... Tuhan , kuatkan aku
Labels:
Lukisan jea ...

Wednesday, 18 January 2017
Lukis jea ... dan aku sudah lelah
![]() |
Lukis jea ... Harus belajar untuk berhenti Kerna perjalanan ini sudah hilang arahnya. Dan aku sudah lelah ... dengan umur yang semakin bertambah. |
Labels:
Lukisan jea ...

Saturday, 7 January 2017
Fikiranku ... anugerahkanku cintaMu
![]() |
Hmm ... banyak2 gambar, gambar ni yang dipilih ^__^ |
Labels:
Fikiranku

Sunday, 1 January 2017
Novel 2 : Selepas Hujan Bab 15
Bab 15 : Hari Bahagia
![]() |
Lukis jea ... bila cinta itu diuji Sandarkan kepercayaanmu padaku Andai itu juga tiada ... Pastinya kita tidak akan pernah menyatu |
Kamal Nekad
Hari ini Kamal bangun dengan tekad
yang penuh di dada. Mahu tidaknya , semalaman dia menghabiskan masa berfikir
dan terus berfikir akan langkah yang patut diambilnya demi membalas kembali
perbuatan mereka yang sengaja menyakitinya. Menyakiti hatinya , menyakiti
perasaan ibu tuanya dan menafikan hak mereka sebagai seorang manusia yang juga
punya perasaan dan keinginan. Sama sahaja seperti manusia lain! Sama sahaja
seperti mereka semua.
Hari bahagia Ziah dan Abang Anip
Ziah pula telah selamat diijabkabulkan
dengan abang Anip. 13 November adalah
tarikh mereka sah bergelar suami-isteri.
Majlis serba sederhana yang diadakan dikampung Ziah minggu lepas cukup meriah. Sungguhpun
begitu , sebaik sahaja majlis pernikahan selesai dijalankan pihak pengantin
lelaki segera meminta izin untuk pulang.
Tinggallah Ziah sendirian ... pengantin baru yang ditinggal suami!.
“Memang itu adat kami.
Hanya setelah bertandang ke rumah mertua barulah mereka boleh bersatu”. Terang
makcik Midah. Memang itulah adat yang dipegangnya turun-temurun.
“Adat negeri mana tu?”.
Tanya ibu Ziah , agak tidak berpuashati dengan permintaan karut marut pihak
lelaki.
“Masakan pengantin
perempuan ditinggalkan sendirian”. Fikir ibu Ziah.
“Entahlah , tapi memang
itulah adat di kampung kami”. Jawab makcik Midah dengan senyuman.
“Alah! Tak mengapanya ,
takkan lari gunung di kejar!”. Sambung makcik Midah lagi sambil mencuit lengan
ibu Ziah. Ibu Ziah tersenyum tawar.
“Yelah ... kalau dah gitu
adatnya. Kami tiada halangan”. Balas ibu Ziah , sambil memerhatikan kedua
mempelai.
“Hmm ... kasihan!”.
Katanya di dalam hati.
Minggu yang menyeksakan ...
Seminggu berjauhan bagaikan rasa
setahun. Rindu dendam kedua mempelai bagaikan sudah tidak tertanggung.
“Berbeza rupanya rindu
buat kekasih dengan rindu buat isteri tercinta”. Keluh abang Anip ,
bersendirian melayan perasaan di kamar
yang bakal menjadi sejarah terindah buat mereka berdua. “Ziah!!! ... rindunya
aku padamu!”. Keluh abang Anip.
Tersedak-sedak Ziah
dibuatnya. Cawan kopi-O panas yang baru seteguk diminum itu segera diletakkan
semula.
“Hmm ... kenapa teruk
sangat?”. Tanya ibu Ziah.
“He he he ... salah minum
mak”. Jawab Ziah sambil tertawa.
“Hmm ... laki kau
sebut-sebut nama kaulah tu!”. Usik ayah Ziah.
“Ah! Ada-ada saja ayah
ni!”. Balas Ziah , malu.
Ziah sengaja mengambil peluang yang ada
menghabiskan masa sebaiknya duduk berbual dengan kedua orang tuanya sambil
minum-minum. Biskut kering cicah kopi-O panas menjadi hidangan akhir mereka
malam itu.
“Ziah , mak hairanlah .
Punya lama kau belajar di Universiti
dulu takde sorang pun yang sangkut. Elok tak sampai beberapa bulan kerja
di Pagan Sena tu dah terus nikah. Apa istimewanya Haniff tu?”. Tanya ibu Ziah.
“Hishh! Awak ni. Itulah
jodoh namanya”. Balas ayah Ziah.
“Ya mak. Itulah jodoh
namanya”. Ziah menjawab sambil tersenyum.
“Ni mak nak tanya. Haniff
tu kerja kampung saja kan?. Agak-agaknya pendapatan kau jadi cikgu tu jauh
lebih besar daripada pendapatannya , iye?”. Tanya ibu Ziah lagi.
“Hmm ... mak , ayah. Abang
Anip tu bukan budak kampung biasa. Dia ada kelulusan ijazah dalam bidang
pertanian daripada UPM. Sebab tu dia balik ke kampung mengusahakan tanah dan
kebun keluarganya”. Ziah berkata lembut , menjawab soalan ibunya dengan sopan.
Ziah tidak mahu kedua ortang tuanya itu memandang rendah suami tercinta.
“Ooo gitu. Mak ni bukan
apa Ziah , mak cuma tidak mahu hidup
kamu esok-esok hari susah”. Ibu Ziah melahirkan rasa hatinya.
“Hishhh! Awak ni. Tak ada
maknanya kerisauan awak tu. Mereka dahpun selamat diijabkabulkan. Tak ada
gunanya awak mengungkit pasal kerja atau pendapatan anak menantu awak tu. Tugas
kita sekarang hanyalah untuk mendoakan kebahagiaan mereka. Tentang rezeki tu
usahlah awak risau. Selagi mereka mahu berusaha adalah jalannya. Mereka orang
terpelajar bukan budak tak tentu arah!”. Nasihat ayah Ziah. Ibu Ziah diam
mengangguk.
Ziah hanya tersenyum
mendengar kata-kata kedua orang tuanya. “Kalaulah mereka tahu keadaan abang Anip
yang sebenarnya!”. Katanya di dalam hati. Entah mengapa tiba-tiba resah
menjamah hati ...
“Hmm ... bagaimanalah aku
boleh jatuh cinta dan menerimanya sebagai suami”. Fikir Ziah sendiri. Dia sendiri tidak pernah menyangka , lelaki
‘pelik dan penuh misteri’ yang
seringkali menjengkelkan ini akan menjadi lelaki yang paling bermakna dalam
hidupnya. “Semuanya sudah tertulis” . Bisik
hati kecilnya.
Majlis menyambut menantu
Hari ini berangkatlah Ziah ke rumah
mertuanya. Majlis menyambut tetamu itu diadakan cukup meriah. Habis seisi
kampung dijemput.
“Ini adalah hari yang
paling gembira buat mak. Sudah terlalu lama mak menunggu tibanya hari ini.
Biarlah kita buat besar-besaran sedikit. Biar meriah!”. Makcik Midah menyatakan
hasratnya kepada suami dan anaknya ,abang Anip. Memang benar , mereka berhak
untuk gembira besar pada hari ini. Semuanya kerana abang Anip yang duhulunya murung
dan menyendiri kini sudah kembali ceria. Segalanya sudah berubah.
Berubah kerana Ziah!
Aku tumpang gembira ...
Dalam kemeriahan majlis yang
berlangsung , ingatan Ziah kembali menjengah
nasib sahabat baiknya Diah.
“Ziah nanti bila habis
tempuh berpantang , aku dan Zuraimie dah buat keputusan akan bernikah. Kami
akan buat majlis kecil-kecilan saja. Tapi sebelum tu aku akan cuba berbaik
semula dengan emak dan abah aku. Kalau boleh nak minta abah aku walikan aku .
Kalau dia masih tidak sudi. Berwali hakimlah aku Ziah!” . Diah menceritakan
rangcangannya melalui telepon kepada Ziah seminggu sebelum Ziah bergelar raja
sehari.
“Ye ke Diah. Aku tumpang
gembira dengan keputusan kau ni. Keluarga Zuraimie macam mana? , mereka dah
boleh menerima kau?” . Tanya Ziah
“Tidak ... mereka tidak
pandang aku sebelah matapun Ziah. Tapi aku dah tak kesah sebab aku tahu cinta
Zuraimie akan memberikan aku kekuatan
untuk mengharunginya. Lagipun anak ini perlukan kasih sayang seorang bapa” . Diah
menyatakan pendiriannya.
“Betul ... aku sentiasa
menyokong kau Diah. Diizinkan Allah , aku nak jadi pengapit kau nanti”. Ziah merasa gembira dengan keputusan sahabatnya
itu.
“Aku sentiasa menyokong
kau!”. Tegas Ziah lagi.
“Diah , aku tak bersanding
pun. Kami hanya buat yang wajib je ... nikah di pejabat kadi. Dah tu balik
ke rumah sewa Zuraimie di Bandar Baru
Bangi. Tak ada majlis kenduri kendara
pun!”. Jelas Diah. Ada sebak pada nada suaranya.
“Diah...”. Ziah
mengalirkan air mata mengenangkan nasib sahabat baiknya itu. Siapa pernah
menyangka , gadis comel dan periang ini akan mengharungi hidup yang cukup
getir.
“Ziah ... inilah
kehidupan. Inilah takdir hidup aku. Kau doakan aku ya?” . Pinta Diah.
“Sudah pasti. Kau sentiasa
sahabat sejati aku dunia akhirat”. Balas Ziah ... air matanya mengalir mengenangkan takdir yang
harus diharungi Diah.
Tiba-tiba …
“Assalamualaikum ...” .
Salam Abang Anip mengejutkan Ziah dari
lamunannya. Segera air mata yang mengalir dikesat kering. Setelah memberi salam , abang Anip menolak
pintu kamar pengantinnya , berjalan masuk dengan debaran di dada.
“Waalaikumussalam ... jemput
masuk bang” . Balas Ziah , sopan.
Abang Anip masuk ,
tersenyum memandang Ziah yang sedang bersimpuh di atas katil pengantin yang
dihias indah. Mengenakan baju kurung hijau daripada kain shifon bersulam ... sungguh ayu dipandang. Abang
Anip pula bagaikan bangsawan Melayu , baju Melayu cekak musang hijau siap
dengan samping bertekad ... mempesona setiap mata yang memandang. Abang Anip duduk
di sebelah Ziah. Memusingkan wajah Ziah ke arahnya lalu mengucup dahinya. Ziah
akur ... terasa malu diperlakukan begitu.
“Terima kasih kerana sudi
menerima abang sebagai suami”. Manis pemula bicara sang suami.
“Ziah juga ... terima
kasih bang kerana sudi mengambil Ziah
menjadi isteri”. Ziah mengucup tangan suami tercinta.
“Ziah ... hari ini
bermulalah perjalanan hidup kita sebagai suami isteri. Abang harap kita akan
saling membantu untuk memastikan perkahwinan ini sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang. Abang ni ... bukanlah lelaki
yang sempurna , romantik jauh sekali. Abang sudah biasa hidup kasar. Abang
banyak kekurangan ... abang harap sangat Ziah akan bersabar dengan abang” .
Kata abang Anip sambil terus memandang wajah Ziah yang disolek indah.
“Ya bang , Ziah sendiri
banyak kekurangan ... asal saja kita berusaha membaikinya dan menambah mana
yang kurang ... Ziah yakin Allah pasti membantu”. Balas Ziah ,
tersenyum memandang abang Anip. Terasa
malu benar ... inilah kali pertama dia
betul-betul menatap wajah abang Anip , wajah ‘lelaki melayu terakhir!’, cukup
menggetarkan jiwa yang memandang.
“Boleh abang lihat isteri
abang?”. Abang Anip bertanya sambil
memusingkan duduk Ziah mengadapnya. Ziah diam , tunduk malu. Abang Anip
menanggalkan satu demi satu hiasan bunga dan sepit yang disisipkan di tudung
Ziah. Akhirnya tudung Ziah ditanggalkan. Maka terserlah sudah rambut hitam
lebat yang disanggul kemas , mahkota seorang wanita ... dan sebaik saja cucuk sanggulnya ditarik
, terongkai kini ... lepas bebas beralun melepasi bahu.
“Cantiknya isteri abang ...”.
Abang Anip terpegun , bersyukur dengan kurniaan tuhan padanya.
“Cantik sangat!”. Puji
abang Anip lagi.
“Eeee malunya!!”. Jerit
hati Ziah.
“Terima kasih bang ...”.
Jawab Ziah cuba menutup rasa malunya.
Abang Anip mendekatkan telinga Ziah ke dadanya.
“Dengar degupan jantung
abang?”. Tanyanya. “Hmm ... dengar ,
kuat ... laju”. Jawab Ziah. “Itulah
debaran hari pertama bergelar suami”. Balas abang Anip. Ziah hanya tersenyum
mendengar kata-kata suaminya itu ...
Bahagia … Bersatu
Bermula detik cinta
Elok sudah janji bersatu
Riang sungguh rasa di kalbu
Sempurna akhirnya hati nan rindu
Alangkah indah simpulan di
jiwa
Terkabul bahagia hubungan
cinta
Umpama jatuh bulan ke riba
Sedang abang Anip dan Ziah asyik dan hanyut mengenali hati budi masing-masing , makcik
Midah dan cikgu Karim pula sibuk melayan para tetamu dan saudara mara yang mahu
pulang. ‘Berkat (makanan yang dibungkus) mesti diberikan kepada setiap tetamu dan
saudara mara sebagai tanda mata. Tidak lupa , telur pengantin ... sebagai
simbolik agar pasangan pengantin dikurniakan anak yang ramai!.
Menjelang Maghrib , hampir
semua tetamu telahpun pulang . Yang tinggal hanyalah saudara mara terdekat.
“Eh , mana pengantin ni ...
dah nak maghrib tak keluar-keluar bilik lagi. Takkanlah tak dan tunggu
malam!!”. Usik mak Lang kepada makcik
Midah disambut hilai tawa kaum ibu yang lain. “Dia orang sembahyang maghrib
dululah tu ...”. Bela makcik Midah.
“Biarlah ... pengantin
baru. Apa pulak nak diherankan!”. Balas cikgu Karim.
Bahagia sungguh mereka menerima
menantu pertama , Ziah. Makcik Midah dan cikgu Karim amat bersyukur kerana
impian mereka untuk melihat anak lelaki tunggal mereka itu kembali bahagia
sudah terkabul.
Sedang semua yang ada
bergelak ketawa , masih diam tunduk
seorang pemuda membasuh pinggan – mangkuk yang masih berlonggok. Hatinya penuh
dendam ... wajahnya keras , langsung tiada senyum. Keningnya berkerut menahan
rasa di dada. Sesekali buih sabun yang membuak ditepuknya kuat.
“Eh , abang Kamal masih di
sini?”. Tanya Miah. Kata-kata Miah itu
menarik perhatian cikgu Karim yang kebetulan ada berdekatan.
“Laa ... Kamal . Kenapa
masih tak berhenti. Dan senja dah ni .
Udahlah tu. Tinggalkan saja yang baki tu untuk pengantin esok. Hadiah untuk
mereka!!”. Cikgu Karim berkata sambil tertawa , yang lain turut tertawa sama.
“Hah! Betul tu Kamal. Udah
marilah ke mari , kita minum dulu”. Ajak mak Lang. Biras cikgu Karim.
Mahu tidak mahu , Kamal akhirnya
bangun menyertai yang lain. Minuman teh panas dan kuih koci dimakannya tanpa
perasaan. Lepas satu – satu.
“Eh!. Lapar benar abang
ni”. Usik Miah sambil mengisi semula gelas teh yang kosong. Kamal memandangnya
, tersenyum pahit.
“Mana taknya , sedari tadi
asyik membasuh pinggan saje. Ye tak Kamal?”. Balas Pak Lang. Kamal tersenyum. Senyuman
yang sengaja dibuat-buat.
“Huh!! Gembiranya
kalian!”. Getus hatinya. Gelas teh digenggam kuat. Air teh panas dihirupnya.
Panas ... panas lagi hati di dalam. Wajah Ziah berselang seli dengan pelbagai
kenangan manis mereka bersama terbayang
di mata ... saat yang tidak dapat dilupakannya tatkala Ziah jatuh tersembam ke
dadanya sewaktu mereka bersampan menghulu sungai. “Ahh!. Indahnya kenangan
itu”. Bisik hati kecilnya.
“Tapi mengapa kau tidak
pernah menghargainya?!”. Bentak hati kecilnya lagi.
Teringat pula peristiwa
mereka sama-sama mentertawakan Anip , lelaki yang kini menjerut jiwanya.
“Ciss!! . Mengapa dia juga yang kau pilih?”. Marah bergelora hatinya ,
tidakpuas hati. Sungguh tidak puas hati!
“Huhh!!”. Keluhnya. Semuanya
kini tinggal kenangan , bunga di taman sudahpun
dipetik orang. Sudah di genggaman masih terlepas!. Kecewa sungguh merana jiwa.
Memberontak hati di dalam ... gelas di tangan digenggam kuat. “Thuusss!!!”.
“Abang !!”. Miah bergegas
mengambil kain pembalut luka. Tangan Kamal yang luka berdarah dibersihkannya
sebelum dibalut. Pak Lang , mak Lang , makcik Midah dan yang lain menggelengkan
kepala.
“Macam mana boleh luka?”.
Tanya cikgu Karim , hairan.
“Takpa sikit je pakcik”.
Jawab Kamal.
“Sakit?”. Tanya Miah.
Kamal menggelengkan kepala.
Dendam kesumat ...
“Luka di tangan tampak di
mata. Luka di hati siapa yang tahu. Hari ini kau rampas milikku. Hari ini
hatiku hancur. Huhh!! Akan tiba hari pembalasan. Alang-alang mandi biar basah.
Alang-lang dendam biar sampai ke sudah. Biar putih mata , jangan putih tulang! Rela
aku menjadi petualang. Kalau aku tak
dapat , takkan ada orang lain yang akan dapat!! . Kau tunggu!! Kau tunggu
harimau ini menunjukkan belang!!!!”.
Jerit Kamal sebelum menolak rakitnya .... “Kau tunggu!!. Kau tunggu
harimau ini menunjukkan belang!! Ha ha ha !!!!” ...
Labels:
Novel

Lukis jea ... tika aku jatuh
![]() |
Lukis jea ... saat kamu jatuh dan berasa sendirian , gantungkan harapan padaNya Selagi kamu yakin Dia ada ... |
Labels:
Lukisan jea ...

Subscribe to:
Posts (Atom)