Popular Posts
-
Lukis jea ... bunga orkid. Bunga orkid selalu mengingatkan aku kepada arwah mama. Arwah mama memang pencinta orkid. Rumah orkid ... ba...
-
Lukis jea ... mentari terbit. Koleksi catan terkiniku setelah sekian lama tidak bermain warna. Akhirnya aku hadiahkan buat seorang teman yan...
-
Jangan mudah putus asa ... Lukis jea ... baiki keadaan Walau hanya sebuah lukisan ... terapkan nilai , "usah mudah putus asa, baik...
-
Lukis jea ... inilah muka depan koleksi muka depan semua hasil kerjaku sepanjang mengajar PSV pada tahun ini. PSV ... apa tu? PSV tu...
-
Lukis jea ... "Bila mati menuntut janji ... dan Kesedihan bukan untuk diratapi" -Bertabahlah wahai hati- Setiap pertemuan pastik...
-
Lukis jea...Tepi Tasik... ojai ...8 Dis. 2014 Sementara menanti anak2 balik dari kelas hafazan... Aku ambil peluang ini merehatkan mi...
-
Lukis jea...siren'dang Aku teringin jadi si ren'dang Biar ramai yang dapat menumpang teduh Kenapa? Sebab bumi dipijak ini...
-
Lukis jea ... Wajah polos dan bahagia Bahagia seorang anak Dilimpahi kasih sayang kedua orang tuanya Tanpa rasa takut akan ... kelap...
-
Pasti ada tempat untuk semua... Zaman kecilku dulu tumbuhan jenis ini menjadi hiasan dinding veranda depan rumah. Hari ini...
-
Seorang teman 'rindu'kan ngomelanku ... Hahaha (Ops! Gurau jea - jangan ambil hati) Sememangnya sedari semalam aku ingin menulis ...
Saturday, 10 May 2014
Aku Puterimu Abah!
Resah gelisah abah menanti
Oh! Anak apa agaknya kali ini , harap-haraplah lelaki
Zuriat sebelum ini sudah sepasang kurniaan diberi
Alangkah baiknya jika berselang seli
Itupun jika Allah izinkan ... apapun kurniaNya pasti disyukuri
Apasallah belum lahir lagi?
Sinar mentari sudah semakin meninggi
Nanti kalau tegak di kepala , degil pulak budak ni!
Itu kata orang tua-tua , entah sesuai ke tidak diguna lagi
Zuriatku! Zuriatku! Ya Allah kurangkanlah kesakitan isteriku ini
Alhamdulillah ... seorang lagi puteri menjadi penyeri
Harap besar nanti jadi manusia berbudi tinggi
Besarlah segera wahai puteriku penyeri keluarga
Inilah dunia penuh pancaroba , hadapi dengan hati terbuka
Nanti pastinya kau kan diduga , itu sememangnya adat dunia
Tika itu jangan sesekali kau bersedih berduka
Ingatkan diri Allah sentiasa ada , takkan sendirian walau seketika
Masa berlalu mengikut janjinya
Onak ranjau mematangkan manusia
Hari berganti merubah segala
Dahulu kau anak kini telah dewasa
Sayang abahku puterimu ini sudah berkeluarga
Harinya kini sibuk sentiasa , berjumpamu sekali sekala
Apapun harapnya abah bahagia , tak pernah dilupa
Riang hatinya bila bersua walaupun hanya sesekali sahaja
Itulah adat seorang puteri , taatnya hanya seketika
Fahamlah abahku sayang , puterimu ini harus patuh segala
Fahamlah abahku sayang , sayang buatmu sentiasa ada
Terima kasih abah atas nama indah yang kau berikan - Rozai Asnizah Binti Mohd Shariff
Terima kasih abah ...aku sayang abah dan aku puterimu selamanya.
Labels:
puisi

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni pe kes ?. balik kampung ada la abah komplen ye. rumput dan pokok ketapang dah tebang bagi senang anak nak balik parking kereta. hehe
ReplyDeleteHmm ... takdelah berkes-kes cuma ... den rindu kat abah den je.
DeleteKot den ni burung , den tobang balik malam , pagi kat sini smula.