Hari ni , baru ada kelapangan menuliskan kisah M.O.U ni
Apa itu M.O.U?
Hmm ... mesti ramai yang dah tahu. Bagi yang kurang tahu , M.O.U tu adalah ...
(Memang dorang ni suka sangat 'pok pek pok pek' dan kurang beradab dalam kelas. Bebudak kelas hujung , anak2 pinggiran bandar yang tersepit antara Cyberjaya dan BBB. Punya keluarga tapi hidup sekadarnya. Punya rumah ... ada yang alahai , sedih melihatnya namun tidak dinafikan ada juga yang hidup sederhana dan bahagia. Jadi aku selalunya 'dance with the flow. Pada aku , tak guna marah2 kalau mereka sememangnya tidak mengerti').
Murid 1: Woii! dengarlah cikgu nak cakap ni.
Aku : Awak semua ni , memang susah nak berhenti bercakapkan?
Murid 2: Ok cikgu . Kami dengar cikgu. Apa2 aje untuk cikgu.
Murid 3: Ya cikgu , apa2 aje untuk cikgu. (Sebenarnya memang itulah ayat 'biasa' mereka untuk 'bodek' aku...Hahaha ... aku layankan aje)
Aku: Minggu depan awak nak periksa dah kan. Jadi cikgu nak kita buat satu M.O.U.
Murid 4: Cikgu! M.O.U tu apa?
Aku: M.O.U tu maknanya 'Memorandum of understanding.
Murid : Apa tu cikgu?
Aku: Alah! Macam perjanjian yang kita persetujui bersamalah ...
Murid : Ooooo
Aku: Ok , minggu depan awak akan ada ujian penilaian 1, Jadi cikgu nak kamu semua dapat sekurang2nya 40 markah. Maknanya markah terendah yang kamu boleh dapat adalah 40%.
Murid : Kalau kurang?
Murid : Kalau lebih lak cikgu?
Murid : Kalau 39 cikgu?
Aku: : 40% tu kan markah lulus awak. Cukup2 makan jea tu. Cikgu yakin kalau awak belajar mesti dapat lebih daripada 40.
Murid : Kitorang PT 3 hari tu pun tak lulus sains. Macam mana nak dapat 40 markah cikgu?
Aku: Sebab tulah cikgu nak buat MOU dengan awak semua ni.Masa cikgu ajar awak , cikgu tengok awak semua boleh faham je. Cikgu tengok awak semua sebenarnya pandai. Cumanya terlalu malas nak ulangkaji!. Sebab tu cikgu nak kita buat MOU ni!. Betul tak
yang awak ni semua sebenarnya pandai? (Saja je soal macam tu...>__< )
Mujrid2 : Betul cikgu!! (Jawab sebahagian murid sedangkan yang lain tu buat bodoh jea...>__< )
Aku: Ok. Awak semua dengar. Ujian minggu depan , semua mesti dapat sekurang2nya 40
markah. Siapa dapat kurang daripada 40 kena belanja satu kelas termasuk cikgu sekali!
Murid2: Cikgu! Mana ada duit nak belanja. Banyak tu cikgu!!
Aku: Cikgu tak tetapkan pun awak nak kena belanja apa atau berapa harganya. Kalau awak nak
kasi semua orang gula2 sebiji sorangpun boleh. Awak nak kasi keropok sorang sekeping pun boleh...
Murid : Hah! Aku bagi air sorang setitik!
Aku: Aduh! Agak2lah...takkan air sorang setitik kot!
Murid : Habis cikgu tak belanja jugak ke?
Aku : Boleh. Kalau awak semua lulus. Dapat sekurang2nya 40 markah , cikgu belanja awak...
Murid2: KFC! Pizza!
Aku : Amboi! Banyaklah awak punya KFC!. Nak Pizza bagai... Awak nak dapat 40 markah jea pun. Dahlah soalan setakat 2 bab jea. Takde maknanya cikgu nak belanja awak KFC , Pizza. Cikgu belanja awak ayam ketuk2 kat kantin jea!
Murid : Chicken choplah cikgu! Ada pulak ayam ketuk2! (Diikuti gelak ketawa murid2 lain)
Aku : Ye?. Chicken chop ye namanya (Jawabku sambil tersengih. Kenapa aku panggil ayam
ketuk2 - semasa penyediaannya , kepingan ayam tu akan diketuk nipis sebelum dibalut dengan tepung. Hmm...sebenarnya ada unsur2 penipuan ni!).
Murid : Alah! Setakat ayam 'Ketuk2' dua ringgit tu. Boleh beli sendirilah cikgu!
Aku : Amboi! Berlagaknya.Kalau awak dapat 80 ke , 90 ke barulah berbaloi cikgu belanja KFC
atau Pizza.
Murid : Alah cikgu , bolehlah!
Aku : Boleh jea dengan syarat , kalau betul awak semua lulus sekurang2nya 40 markah , cikgu belanja KFC atau Pizza untuk semua. Tapi kalau ada yang gagal , diapun kena belanja KFC atau Pizza. Macammana? Setuju?
Murid2: Alah tak payahlah cikgu!!. Kita ikut yang mula2 tadilah! Ayam ketuk2pun takpelah cikgu!!
(Heh heh heh ...aku tersengih panjang bila melangkah keluar dari kelas 4... setelah loceng berbunyi dan aku tahu , tentu ramai yang akan gagal ujian penilaian 1 ni nanti!. Hmm ... dan aku betul2 nak belanja KFC untuk murid yang dapat markah tertinggi. Tak kiralah kalau yang tertinggi tu setakat 41% jeapun!!!)
-peace-
Seronokkan jadi cikgu!
>__<
-Amat berbeza suasananya bila mengajar kelas hujung /paling hujung
dengan kelas pertama dan kelas2 depan yang lain dan di situlah cabaran yang memerlukan kesabaran dan kreativiti seorang guru kerana kita bukan saja mengajar tapi mendidik!
-Amat berbeza suasananya bila mengajar kelas hujung /paling hujung
dengan kelas pertama dan kelas2 depan yang lain dan di situlah cabaran yang memerlukan kesabaran dan kreativiti seorang guru kerana kita bukan saja mengajar tapi mendidik!
No comments:
Post a Comment