Popular Posts

Thursday, 5 March 2015

Lukisan dan Puisi-Buatmu sahabat

Lukis jea...lakaran yang amat simple dan ringkas
'Segalanya lebih bermakna kerna kalian'
(Nanti bila mataku dah tak ngantuk n bila ada kelapanga
aku indahkan lagi lakaran ni k)
Hmm...siap gak ;D
Bila aku kata sahabat...maka ianya hanya sahabat




Buatmu sahabat

Permainan takdir menemukan
Insan-insan yang berpulas mencari arah
Berlari bermain bersama ombak kehidupan
Ada kala terlantun tinggi ke puncak
Tiba ketika terhempas ke dasar

Ke mana juapun arus membawa
Deras menjarah keseluruhan pintu sabar
Berpusar gelombang meranap bukit harap
Menggila taufan menghancur pasak semangat
Semuanya tega dilangkau
Kerna ada kamu disamping
Menggenggam erat kedua tangan
Tika sabarku punah
Harapanku ranap dan semangatku hilang

Terima kasih sahabat
Atas ketulusan itu






...Istimewa buat para sahabatku...
Zaman sekolah rendahku...Anita Bahari-tak pernah kulupa persahabatan itu 
Tika kita sama-sama berlari. Kau no 1 di depan sedang aku no 1 di belakang ...^__^
Remajaku...Shidah , Sas , Ani (Hepta)...Nakalnya kita
Juga 'Geng jatuh longkang'Ku...Keh3x
Matriks ... Wai , Ziah (Pembakar semangat tika aku kian lemah) 
Uni...Semua ahli no. 8 + Diah
Istimewa Liza...kongsi suka duka di makmal-rumah hijau
Rima+ adik2-bersama tika keluarga kita diuji
Sekarang...Che'Mat , Ayie , 2T, Jpah, Jai,Umar,Bukh , Luq , Dikla...+ As Topik
Keluargaku adalah sahabat terdekat sampai bila2.

-peace-