Popular Posts

Sunday, 1 March 2015

Lukis jea ... apa yang ada di hati

Lukis jea...apa yang ada di hati

"Mahukah kamu terima semula dia yang curang kepadamu?"
Wah! Bagaimana harusku jawab soalan itu?
Mujur aku tidak terus menjawabnya
sebaliknya hanya tersenyum
(padahal aku sendiri tidak tahu makna senyumanku tika itu)

Memikirkannya semula maka inilah hasilnya...
'Tiada bezanya sama ada diangkat atau diletakkan semula.
Segalanya ... apa yang ada di hati'

Seharusnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal janganlah bertindak melulu.
Berfikirlah secara kritis.

Apa itu kritis?
Kritis itu maknanya , tidak menerima sesuatu itu begitu saja
Timbangkanlah buruk dan baiknya
Kerana akhirnya kita akan dipertanggung-jawabkan atas segala keputusan yang kita ambil.
Malah kita juga yang akan menanggung akibatnya.

Maka lebih indah jika kita beristikharah , serahkan segalanya kepada yang Maha Mencipta
agar tiada sesal di kemudian hari.
(Hmm ... aku berbicara atas pengalaman   ------ pengalamanku dan pengalaman orang disekelilingku)
Allah jua yang mengetahui apa yang ada di hati.








-peace->__<

Hmm ... tiba2 aku teringatkan seorang sahabat yang semakin menjauh.
Moga diberkati Allah sentiasa hendaknya.