Popular Posts

Friday, 17 October 2014

Lukis jea ... lepaskan belon itu


Lukis jea...belon

Suatu ketika aku memang selalu beli belon ni . Layan anak-anak. Puas bermain kami akan sama-sama lepaskannya ... Naik tinggi ke awan hingga tidak dapat dilihat lagi.

Dalam hidup ni pun begitu jua.
Ada ketika kita perlu melepaskan ...
Contoh mudah ... bila anak2 semakin dewasa , kita dengan rela harus melepaskannya pergi meneroka alam ini. Jangan sesekali berharap mereka pasti kembali menabur bakti pada kita kerana hakikatnya mereka juga punya kehidupan yang mungkin lebih sukar dan mencabar daripada apa yang pernah kita tempuh.
Tugas kita - tunaikan amanah dan tanggungjawab dan iringi mereka dengan doa...
Buat kita yang tinggal...sentiasa ada Allah tempat menggantung harapan.





-peace-
Aku juga belajar melepaskan banyak perkara dalam hidup.