Popular Posts

Wednesday, 8 October 2014

Lukisan dan puisi - ' Selamat Ulang Tahun'


Lukis jea ... Keluarlah melihat dunia
Buka matamu luas- luas dan tinggalkan
sarung telur itu.
Ayuh!! Terokai dunia ...
Hmm ... Aku pilih penyu kerana semangat dan ketabahan haiwan ini meredah lautan luas dan pastinya kembali lagi ke bumi asalnya utk bertelur.


***Kelahiran …***
Anugerah dan ujian buat insan
Teriakan tangisan lantang memecah kesunyian
Atau tenggelam menentang hiruk pikuk kesibukan

Maka lahirlah anak itu
Lena dalam dakapan bonda tercinta
Tenang dek limpahan kasih ayahanda
Didodoi manja …
‘Buai laju-laju sampai pokok sena’
‘Apa dalam baju sekuntum bunga Cina’
‘Buai laju-laju sampai cucur atap’
‘Belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab’

Hari berganti … musim bertukar
Anak bukan lagi anak
Bebas berenang meneroka lautan kehidupan
Kumpulkan … tiap titis pengalaman
Bumi ini jadikan madrasah ilmu
Di langit itu gantungkan impian dan harapan
Pasakkan cita-cita pada gunung tinggi mencecah awan
Dendangkan nyanyian sabar dan tabah menempuh dugaan
***Hakikat hidup penuh ujian …***ojai

“Selamat Ulang Tahun Kelahiran buat semua yang lahir pada bulan Oktober”
…Ujai , Ayie , Bukh , Haris , Farah , Mama , Abah Long , Angah …. awak … awak  … awak dan awak …
‘Moga Allah mengampuni segala dosa dan memberkati hidup kalian dunia dan akhirat’
… Amiinnn …





-peace-
-'Selamat Ulang Tahun-
>__<