Popular Posts

Saturday, 9 August 2014

lukis jea ... 'Sungai dan Hidup'

Malam ini - dah pagipun ,  aku cuba melakarkan pemandangan sungai yang mengalir ...
Hmm... ternyata tidak mudah menggambarkannya dengan hanya memanipulasikan ton warna hitam
dan putih sahaja...juga untuk membezakan warna batuan dan dedaunan.
Tetapi di situlah cabarannya yang menjadikan aktiviti ini lebih menarik bagiku .....

Hasilnya , tidaklah sempurna mana namun bak kata pepatah melayu kita ,
   'kalau tak dipecahkan ruyung masakan  dapat sagunya'.

 Maknanya?
Kalau aku tidak terus mencuba , bagaimana mungkin aku akan dapat meningkatkan kemahiran diri.

   Kemahiran ke ?.
Hmm ... Dah macam perasanlah pulak. Heeee....

Teringin pulak rasanya nak menuliskan sesuatu tentang 'Sungai dan Hidup'




Sungai ...
Ulitkan keheningan pagi dengan deruan arus nan bertalu
Nyamankan hembusan angin petang dengan percikan airmu nan mendingin
Gugurnya dedaun pepohonan di pinggir tebing itu
Adalah simbolik perjalanan masa seorang insan
Irama kehidupannya  yang kini  terhenti di sini ...

Dan demi ...
Anugerah sejarah kisah hidup ria mahupun nestapanya 
Nanti dihanyut arus sungai ini yang terus mengalir ... mengalir dan mengalir

Hembusan nafas  yang menghidupkan harapan ...
Insan itu yang bertenggek di batuan pinggir tebingmu
Desahan nafasnya kian memberat dalam mencari makna 
Ukiran rasa yang terpahat di ruang jiwa
Pun engkau sungai masih terus mengalir ... mengalir dan mengalir