Popular Posts

Friday, 11 July 2014

Sekolahku syurgaku-5Sc2

Sekolahku syurgaku ... Merekalah yang mengisi dan merupakan satu daripada taman-taman 'syurgaku' di sekolah ... anak2 muridku (Physics-5Sc2).

Nakal ... Bukan jahat
Bising ... Bukanlah seperti pasar
Kelakar ... Tidaklah seperti pelawak
Malas (skiittt) ... Tapi boleh diasuh

Bab bermain ... No. 1
Bab belajar  .... Heee... Belakang skit!


Pelajaran hari ini... Transistor...

Transistor-sebagai  pembahagi voltage
Ini pula transistor sebagai amplifier
 Sekali pandang macam susah ...siapa tak minat elektrik atau elektronik mesti 'block' Minda dia awal-awal. Walhal tak susah manapun.

(Hmm ... dan hanya yang berjiwa physics sahaja akan melihat kedua2 image ini menarik dan berseni ...)







Anak-anak muridku dari kelas 5Sc 2 ... Seramai 30 orang.
(Mus, aiman, Daniel ,afif, Hafiz, danish, zharif, aiman zahir, nabil farish, nabil mukhlish, amirul , Adam , ezat , emir , Kevin, zulbahroen, hai ping , victor, hasan , Husain, hariz ...
Penyeri kelas ini ...nadhirah, Natasha, zaidah , izwanie, aminah , puva, thiviya , yap). Ops! Ada sorang lagi Wais-atas sebab-sebab tertentu Wais menangguhkan pembelajarannya. (Moga Allah memudahkan urusan hidupnya)


Merekalah penyeri hidup aku di sekolah. Tahun ni mereka akan menduduki peperiksaan SPM. Harap sangat mereka cemerlang. Berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dan seterusnya menjadi anak kebanggaan keluarga. Tika itu aku tumpang gembira.

Awak semua , coretan di bawah istimewa buat kamu semua

Bait-bait puisi ini buat kalian
Agar dapat di jadikan kenangan
Nasihat tanda sayang dari gurumu
Gurauan mesra yang berkekalan
Gelak tawa di ingatan
Andai masa menjadi pemisah
Kerna pastinya kalian kan melangkah
Alam luas ini akan diteroka
Nasihat ini mungkin berguna

Kejarlah dunia bagai mahu hidup selama
Esok pastikan lebih sempurna
Doa menjadi senjata penguat jiwa
Usaha sentiasa tanpa ada putus asa
Andai semua telah kau cuba serah segala pada yang Esa.

Impian Dan usaha harus selari
Barulah tawakal menyusul pula
Uruskan duniamu sebaik mungkin
Bahagia dicari pastikan tiba
Apapun akhirat jangan dimungkiri
Pakaian takwa menghias rupa
Agar redhaNya membawa ke syurga






Hmm...seadanya. Jadilah anak kebanggaan ibubapa k ...

Sayang selalu-cikgu Rozai
12.7.2014