Popular Posts

Tuesday, 1 July 2014

Manusia biasa ...

Mungkin ada yang menyangka ... inilah 'ayat paling power' untuk menyakitkan hati. Hmm ... terserah. Aku lelah nak melayan semua ini. Hakikatnya manusia tetap manusia dan aku sudah malas mencari yang tersirat atau sememangnya ianya memang tidak pernah wujud!

Dan salahkah aku jika aku jiwang?
Sedangkan jiwang itu juga adalah sebahagianmu
Dan jika kau nak tahu siapa yang mengajar aku berjiwang?
Tentu saja jawapannya kamu!

Dan salahkah aku jika belajar berpijak di bumi nyata?
Sedang kau sendiri tahu apa yang nyata kerna kau bukannya buta

Dan tahniah kuucapkan setulusnya dari hati kecilku
Misimu  berjaya ... dulu disakiti kini masa menyakiti
Kita sudah tidak berhutang apa-apa




Tiga aksi makhluk Tuhan yang paling comel ini harus dikembalikan pada tuannya.


Manusia tetap manusia
Suka saja pada yang 'comel' di mata
Namun memang sesungguhnya 'kecomelan' itu sering mengusik rasa
Kerana hakikatnya setiap yang bergelar manusia harus punya perasaan
Maka tak ada salahnya jika sering 'perasan'!

Maka marilah ramai-ramai kita perasan ...
Perasan yang diri kita ini masih banyak kurangnya
Perasan yang  kita telah lalai dan leka
Perasan yang jiwa kita belum cukup besar mengharungi segala

Maka belajarlah wahai diri
untuk terus berdikari kerana akhirnya kita tetap sendiri
Jika nasib baik bukanlah sendiri di dunia ini
Tetapi pasti akan sendiri bila mengadap Ilahi.

Maka dan maka dengan sesungguhnya
Jika dan hanya jika aku ini telah menyakiti
Sedar atau tidak sedar atas semua perkara
Hulurkanlah kemaafan ... kerana aku juga manusia biasa
Yang terlalu biasa untuk dibangga
Apatah lagi dipuja


Salam-peace