Popular Posts

Wednesday, 5 February 2014

Aktiviti sekolah 1 : Cita-cita

  



Aktiviti Dalam Kelas PSK Hari Ini ...
Tema 1 : Identiti Diri
Aktiviti 1B : Citi-cita Saya




Cita-cita ...

Ceritakan pada semua
Indahnya bila mempunyai cita-cita
Tidak takut menghadapi gelora
Apapun akanku capai jua

Cayalah kalau kau juga ada cita-cita
Inilah yang terbaik untuk kita semua
Tentu nanti semuakan bahagia
Apabila cita-cita menjadi nyata



                                                    Sahlah kita ni manusia
                                                    Akal dikurnia jangan dipersia
                                                    Yang penting sama-sama berusaha
                                                    Agar hidup berjaya dan ceria

                                      Hasil nukilan : Pelajar 1KRK B SMKC bersama  cikgu Rozai.


Bagi menjadikan proses Pengajaran dan pembelajaran semakin menarik , cikgu Rozai meminta seorang sukarela untuk mendeklamasikan sajak yang kami cipta bersama (Tak sampai lima minitpun).
Gambar di atas menunjukkan adik Qistina sedang mendeklamasikan sajak 'Cita-cita'. (Hmm ... sedap suara Qis)
P/s: Adik Qis membenarkan gambarnya diabadikan di sini.